Kenali Alfaidh Canopy

Perkhidmatan Warisan Keluarga Sejak 1996.

Kami sentiasa memberikan servis terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan.

Siapa Alfaidh Canopy?

Alfaidh Canopy ialah satu jenama di bawah Alfaidh agency,  sebuah syarikat milikan perkongsian bumiputera sepenuhnya yang ditubuhkan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dalam industri pengatur acara  yang menfokuskan pada  sewaan kanopi untuk acara agensi kerajaan, perkhawinan dan juga segala jenis majlis keramaian.

Alfaidh agency (002668881-H) didaftarkan pada 03 jun 2017 dan beroperasi di alamat No.29 Jalan Anggerik 1c, Taman Desa Anggerik, 48200, Serendah, Selangor Darul Ehsan.

Syarikat ini ditubuhkan untuk menaik taraf dan menstruktur semula perniagaan keluarga yang sebenarnya telah beroperasi selama 22 tahun. Atas dasar tanggungjawab kepada keluarga bagi mengekalkan perniagaan ini , maka tertubuh la syarikat Alfaidh Agency bagi menyambung legasi perniagaan keluarga ini.

Berpegang pada Misi dan Visi  syarikat yang komited dan jitu pihak syarikat yakin mampu menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing di pasaran dan mampu memenuhi setiap kehendak dan keperluan pengguna di seluruh Selangor dan kuala Lumpur

 

Misi Kami

” Memaksimumkan keuntungan dan memenuhi keperluan, kehendak dan kepuasan pelanggan dari perkhidmatan dan pemasaran produk yang terbaik di pasaran untuk kegunaan persendirian dan komersial yang dipacu sepenuhnya oleh bumiputera yang mensasarkan pengguna dari kalangan persendirian, professional, syarikat swasta serta jabatan kerajaan “

Visi Kami

“ Menjadi pembekal sewaan khemah terbesar di Hulu Selangor pada tahun 2023. Dengan moto “we are professional server”, kami berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bermutu tinggi untuk semua pelanggan kami “

Buat Tempahan Anda Sekarang Sebelum Terlambat

Permintaan sangat tinggi setiap masa. Sila pastikan anda membuat tempahan lebih awal.

Pilih pakej anda atau terus whatsapp kami untuk consultation.

Alfaidh Canopy ialah jenama di bawah kelolaan Alfaidh Agency (002668881-H) yang menawarkan perkhidmatan sewaan kanopi, peralatan katering, sound system dan pengaturcaraan majlis. Pihak Alfaidh Canopy tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga kecuali dinyatakan di laman web ini.